Friday 26 September 2014

Wanita

WANITA
Wanita.......
andai engkau seorang remaja, jadilah anak yg solehah bt
kedua ibu bapakmu, andai engkau sudah bersuami, jadilah
isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau
seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan Agama ALLAH...
Wanita....
andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau
jodohmu, ingatlah janji Allah Azza Wajalla Tuhan sekalian
alam bahwa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang
baik. Jangan memulai sebuah pertemuan dengan lelaki
yang bukan muhrimmu, kerana aku khawatir dari mata
jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya
salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya
nafsu kejahatan yang menguasai diri...
Wanita.......
lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupamu, lelaki
yang baik tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki
yang baik, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta
kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang
baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,
dan yang paling penting pegangan Agamanya. Lelaki yang
baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita
yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi
kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang
baik juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu
apayang halal dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
yakni sebuah Ikatan pernikahan yang diridhoi Allah Azza
Wajalla.
Oleh karena itu Wanita.......
jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah
akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada
cinta dari pada laki2 beriman untukmu, cukuplah hanya
cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan
jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi kehangatan kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta kakak beradik, serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.
Wanita........
cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan
memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai
ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan
perolehi Keridhoan ALLAH, cintailah keluargamu kerana
kau tidak akan menjumpa cinta yang bahagia selain dari
pada cinta keluarga. Janganlah sesekali tanganmu
mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..
TUNDUKKAN PANDANGANMU…

Repost from : www.akhwat-of-miracle.blogspot.nl/2009_11_01_archive.html?m=1

No comments:

Post a Comment